PENGENALAN
Dewasa ini pelbagai aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan dari semua golongan masyarakat sedang giat dilaksanakan. Ianya sebagai satu usaha ke arah gaya hidup sihat.Maka kita di kejutkan dengan satu fenomena baru yang melanda masyarakat di Malaysia iaitu sukan berbasikal lasak (MTB) yang semakin mendapat tempat di hati menggiat sukan tanah air.Hari demi hari ada sahaja kejohanan atau jamboree berbasikal yang di anjurkan oleh agensi-agensi swasta serta kelab-kelab berbasikal di tanah air.
Maka sehubungan itu lahir banyak kelab-kelab lumba basikal yang kian bergerak aktif di sekitar kejiranan.Dengan itu pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk menganjurkan jamboree MTB ini bagi setiap daerah.
Dengan kerjasama dari badan-badan kerajaan seperti Majlis Daerah, Polis Di-Raja Malaysia, Rela,Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Lumba Basikal Malaysia maka program ini dapat di jalankan dengan sempurna
Aktiviti berbasikal merupakan satu aktiviti yang begitu menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap minggu aktiviti ini dijalankan di serata tempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Hinggakan lahirnya kelab-kelab berbasikal yang berdaftar bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas melalui berbasikal. Di samping itu melalui aktiviti ini, dapat juga mengeratkan perhubungan di antara pemimpin negara dan rakyat.
Maka dengan itu, kami telah mengambil iktibar dan sebagai tanda sokongan di atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "KARNIVAL MTB FELDA RIDE 2011" akan dilaksanakan.
Maka dengan itu, kami telah mengambil iktibar dan sebagai tanda sokongan di atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "KARNIVAL MTB FELDA RIDE 2011" akan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment